Tuesday, 15 September 2015

SEJARAH PARTI AMANAH NEGARA

TARIKH PENTING DALAM 3 BULAN KRITIKAL PENUBUHAN PARTI AMANAH NEGARA

Pada 16 Jun 2015 – PERTEMUAN BAKRI
Satu pertemuan telah diadakan di Bakri oleh 18 bekas Pemimpin PAS untuk membincangkan hala tuju politik kumpulan yang digelar oleh media sebagai Progresif setelah kalah ‘Setandan’ yang merupakan pertama kali dalam Sejarah Pemilihan Parti Islam SeMalaysia PAS. Mereka sepakat untuk menubuhkan Wadah Baru bagi meneruskan agenda Politik Islam Rahmat Untuk Semua setelah melihat bahawa PAS tidak lagi membawa agenda itu.


Pada 3 Julai 2015 – Pelancaran Harapan Baru
harapan_baru_pcGerakan Harapan Baru telah dilancarkan di Hotel Vistana Kuala Lumpur sebagai wadah baru untuk membina semula kerjasama Politik setelah Pakatan Rakyat terkubur dan mengisi kelompongan yang telah ditinggalkan oleh PAS dalam Kerjasama Politik.

Pada 15 Ogos 2015 – Nadwah Ulama Li Nahdotul Jadidah (NUNJI2015)
NUNJI15 diadakan bagi mencari formula pendekatan Islam dalam bernegara dan melahirkan ‘fikah Malaysia’. Himpunan ini telah menghimpunkan para ulama dan asatizah untuk mengkaji pendekatan fikah kenegaraan untuk Malaysia yang diadakan di Perpustakaan Awam Selangor di Shah Alam di mana 10 pembentang telah memberikan pandangan masing-masing termasuk ulama dari luar negara.

“Kita akan melihat Islam dalam situasi lokal di Malaysia yang bermasyarakat majmuk untuk melahirkan ‘fiqh’ (fikah) Malaysia yang tidak lari dari syariat 11219237_110499969297929_7756853992618089107_ndalam konteks negara seperti Malaysia,” 
kata Datuk Dr Mujahid Yusof, pengarah Nunji’15 kepada The Malaysian Insider.
Katanya, umum berpendapat, politik dan syariah Islam ini kontradik dengan Malaysia dan ia perlu diperbetulkan. “Apa yang perlu dilihat adalah Islam adalah agama rasmi persekutuan dan agama lain bebas diamalkan. Islam pula kuasa negeri yang melahirkan konflik antara perlembagaan dan kefahaman. Ini perlu kita kaji. “Kita akan buktikan, dalam suasana Malaysia, syariah Islam tidak bercanggah. Kerana, hukum boleh berubah mengikut tempat dan keadaan serta kondisi sebagaimana yang dibahaskan panjang lebar oleh Ibnu Qayyim,” kata Mujahid.
Nunji’15 juga membincangkan pendekatan pelaksanaan syariah di Malaysia agar tidak terperangkap dengan pemikiran seolah-olah pelaksanaan hudud sahaja menjadi masalah utama di Malaysia. Selain itu, seminar ini bertujuan mendapatkaan pandangan agamawan dalam menetapkan agenda Islam dalam perjuangan GHB di samping menjadi asas kepada keterlibatan para ulama dan asatizah dalam menggerakkan secara bersama organisasi GHB sebagai pimpinan dan aktivis.


No comments:

Post a Comment